Monday, January 5, 2009

Hirohe Junko Fitrah


English Note :

Hiroshe Junko work as language lecturer and guided to the light of Islam in 1998, adopted the precious muslim name of Fitrah, meaning purity. She became the coornidator of Japan Muslimah Society in Malaysia since 2003. She worked tirelessly with Ustaz Abdul Wasei Haruka Kimura, another japanese muslim scholar in teaching new muslims at week end.

( My first encounter with Japanese Muslim in Malaysia was in 1988 when Dr.Haji Abu Huraira San then served as lecturer in University Putra Serdang applied to establish a Malaysian -Japan Friendship Society with Dato' Raja Nong Chik as president. He also teach part time karate, kendo and tea ceremony to other students)


“TIDAK akan sekali-kali saya menafikan Allah kerana ini bermakna kita menyangkal segala-galanya termasuk kewujudan kita di muka bumi. Allah menciptakan kita dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Allah mengajar siapa diri kita ini dan saya berharap akan bertemu-Nya tanpa rasa malu.

“Malah saya percaya kehidupan di dunia ini adalah bertujuan untuk bertemu-Nya di akhirat yang kekal kelak. Insya-Allah,” luah pensyarah bahasa Jepun, di MARA-OISCA Japanese Centre, Fitrah Hirose Junko yang mengakui banyak perubahan dialami sejak memeluk Islam di Masjid Kobe, Jepun pada Februari 1998 .

Fitrah, 41, yang juga merupakan peneraju Perhimpunan Muslimah KL-Jepun sejak 2003 merasakan titik tolak kepada penubuhan persatuan untuk kaum muslimat Jepun ini atas kesedaran beliau tentang kepentingan mempertajamkan ilmu agama apabila bergelar Muslim.

Alhamdulillah, dengan sokongan daripada wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia, Ustaz Abdul Wasei Haruka Kimura, kelas-kelas pengajian Islam berjaya dilaksanakan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

No comments:

Post a Comment