Petikan dari www.zaharudin.net (2008) USTAZ ZAHARUDIN ABDUL RAHMAN UIAM
Orang
ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa
kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan
berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang
ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah
yang ada di Institusi Kewangan Islam.
Kesannya,
apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada
masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo
JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa
yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati,
pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Saya
juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis
Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan
sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia
diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana
terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan
akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia
difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.
Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat
ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita
hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti
penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini.
Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.(Kuasa menempa Dinar mas dan Dirham perak ada ditangan umat Islam ! seperti dibuktikan di Kelantan dan Indonesia...masih sokong wang fiat ribawi/takut pada IMF dan Bank Negara ?)
Adapun,
dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar
sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang
awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status
Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di
balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat
sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri
berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah
secara beransur-ansur.
Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee.
Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang
haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala
pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi
cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam
agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'
(Komen: akad 'islamik' tidak menghalalkan sistem kewangan ribawi sebab terikat dengan wang fiat yang boleh dicipta/gandakan oleh fractional banking )
Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk
terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa
yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal
dan berkat.
Mufti
yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi
dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun
begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan
menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank
Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..
No comments:
Post a Comment